:
SEJARAH%20PENUBUHAN%20MITIB

SEJARAH%20PENUBUHAN%20MITIB

Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar (MITIB) merupakan kesinambungan kepada dua buah institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan JAIS iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).

 

  • 16 April 1990: Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH) ditubuhkan dan beroperasi di Masjid Negeri Shah Alam.
  • Tahun 1996: Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat ditubuhkan dan berpusat di Bukit Naga, Klang.
  • Pertengahan tahun 1997: MARTAH Selangor telah dipindahkan ke Istana Alauddin, Banting, Selangor.
  • Tahun 2003: MARTAH telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).
  • Tahun 2005: Maahad ini akhirnya ditutup dengan rasminya untuk dijadikan sebagai satu fakulti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

 

Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 28 Mac 2007 (Bil.9/2007) telah bersetuju untuk menghidupkan semula premis ini sebagai Pusat Pendidikan Islam.

 

  • 3 Ogos 2007: DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan supaya bangunan MATISDAR dijadikan sekolah tahfiz dan sains.
  • 28 Januari 2008: Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi dengan pengambilan sulung seramai 58 orang pelajar lepasan UPSR dan PSRA dari seluruh Negeri Selangor.