30-Oct-2019
MURID
- Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
- Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
- Memastikan semua murid menguasai kemahiran menghafaz Al-Quran dan menguasai hukum tajwid.
- Memastikan semua murid diberi latihan dan disemak oleh guru.
- Mempertingkatkan kualiti sahsiah semua murid.
- Memastikan semua murid disantuni dan dilayan dengan adil.
- Memastikan semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan di kaunter pejabat.
- Memastikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diterima murid.
- Memastikan semua murid menyertai program di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.
GURU & KAKITANGAN
- Memastikan guru dan kakitangan menguasai bacaan Al-Quran.
- Memastikan guru dan kakitangan mematuhi etika perkhidmatan awam.
- Memastikan guru dan kakitangan mendapat kemudahan serta keperluan asas yang diperlukan.
- Menerima latihan dalaman untuk perkhidmatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
- Memastikan waktu mengajar yang seimbang mengikut keperluan.
- Memastikan agihan tugas diberi secara seimbang.
- Setiap aduan bertulis guru dan kakitangan akan disiasat dan maklum balas akan diterima setelah siasatan selesai.
- Memastikan kebajikan guru dan kakitangan dijaga.
IBU BAPA & MASYARAKAT
- Memastikan ibu bapa dan mana-mana pihak yang berurusan akan dilayan dengan baik.
- Memastikan segala aduan daripada ibu bapa dan penjaga akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
- Memastikan pelaporan peperiksaan murid diserahkan pada waktu yang ditetapkan.
- Memberi kerjasama dengan ibu bapa agar prestasi sekolah terus meningkat.
- Memberi kerjasama kepada masyarakat, agensi awam dan swasta.
STAKEHOLDER
- Memastikan laporan dihantar ke JAIS, PAID dan pihak berkepentingan sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
- Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan JAIS, PAID dan pihak lain berbalas dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan semua arahan JAIS, PAID dan pihak-pihak lain melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan tidak lewat dari 3 hari waktu bekerja
×