Utama > PIAGAM PELANGGAN

30-Oct-2019

 

MURID

  1. Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
  2. Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
  3. Memastikan semua murid menguasai kemahiran menghafaz Al-Quran dan menguasai hukum tajwid.
  4. Memastikan semua murid diberi latihan dan disemak oleh guru.
  5. Mempertingkatkan kualiti sahsiah semua murid.
  6. Memastikan semua murid disantuni dan dilayan dengan adil.
  7. Memastikan semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan di kaunter pejabat.
  8. Memastikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diterima murid.
  9. Memastikan semua murid menyertai program di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.

 

 

GURU & KAKITANGAN

  1. Memastikan guru dan kakitangan menguasai bacaan Al-Quran.
  2. Memastikan guru dan kakitangan mematuhi etika perkhidmatan awam.
  3. Memastikan guru dan kakitangan mendapat kemudahan serta keperluan asas yang diperlukan.
  4. Menerima latihan dalaman untuk perkhidmatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  5. Memastikan waktu mengajar yang seimbang mengikut keperluan.
  6. Memastikan agihan tugas diberi secara seimbang.
  7. Setiap aduan bertulis guru dan kakitangan akan disiasat dan maklum balas akan diterima setelah siasatan selesai.
  8. Memastikan kebajikan guru dan kakitangan dijaga.

 

 

IBU BAPA & MASYARAKAT

  1. Memastikan ibu bapa dan mana-mana pihak yang berurusan akan dilayan dengan baik.
  2. Memastikan segala aduan daripada ibu bapa dan penjaga akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
  3. Memastikan pelaporan peperiksaan murid diserahkan pada waktu yang ditetapkan.
  4. Memberi kerjasama dengan ibu bapa agar prestasi sekolah terus meningkat.
  5. Memberi kerjasama kepada masyarakat, agensi awam dan swasta.

 

 

STAKEHOLDER

  1. Memastikan laporan dihantar ke JAIS, PAID dan pihak berkepentingan sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan JAIS, PAID dan pihak lain berbalas dalam tempoh yang ditetapkan.
  3. Memastikan semua arahan JAIS, PAID dan pihak-pihak lain melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan tidak lewat dari 3 hari waktu bekerja