:
TINTA%20PENGETUA

30-Oct-2019

 

Assalamualaikum warahmatullah …

 

Para Murabbi, kakitangan dan ibu ayah putra putri pelajar MITS Istana Bandar.

 

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Ta’ala atas pertemuan kali ini pada tahun 2019. Bagi saya ini adalah perkhidmatan kali ke 2 saya di MITIB setelah kali pertama pada tahun 2008 sebagai PK Pentadbiran bersama 12 kakitangan awal yang lain.

 

Semenjak tahun 2008, MITIB merupakan sekolah model bagi pendekatan pelaksanaan Sistem Pendidikan Bersepadu dan Holistik  atau Integrated Holistic and education system (I.H.E.S) Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Tumpuan diberikan kepada keberhasilan kemenjadian murid atau outcome based learning menerusi pengintegrasian nilai Rabbani pada kurikulum dan persekitaran atau biah sedia ada pelajar.

 

Meniti arus pendidikan dalam abad ke 21 dan era zaman industri 4.0 ini, marilah kita semua sama-sama seiring berganding bahu dan saling mempercayai bagi melaksanakan pengurusan pentarbiyahan generasi di hadapan kita sebagai ummah terbaik pada masa akan datang.

 

Firman Allah Taala

 

 ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادى الصالحون

[Al Anbiya’ 105]

 

Sekian.

 

#MitibBumiBarakah

 

Hj Haji Abd Halim Bin Saljadi

Pengetua MITIB, Mac 2019