Utama > KEMUDAHAN

29-Aug-2019

KOPERASI SEKOLAH

 

MITS Istana Bandar menyediakan Kiosk yang menjual pelbagai keperluan pelajar seperti alat tulis, kelengkapan peribadi (toiletries) dan makanan berpaket (roti dan biskut). Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan tanpa perlu keluar dari maahad.

PERPUSTAKAAN

 

MITS Istana Bandar mempunyai perpustakaan yang menjadi tempat para pengajar dan pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan dan bahan bacaan. Pelbagai bahan bacaan agama, sains dan teknologi seperti dalam bidang Syariah, Usuluddin, kejuruteraan dan sebagainya boleh didapati di sini. Selain itu, bahan bacaan umum seperti majalah dan buku cerita juga disediakan di perpustakaan ini. Kemudahan pinjaman hanya dikhaskan kepada kakitangan dan pelajar MITS Istana Bandar sahaja.

Kemudahan ini membantu para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memudahkan mereka membuat rujukan berkaitan tugasan yang diberikan. Selain itu, kemudahan perpustakaan yang selesa juga dapat memupuk minat membaca, melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta membantu perkembangaan bahasa pelajar. Perpustakaan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

MAKMAL KOMPUTER

 

Makmal Komputer MITS Istana Bandar merupakan komponen Pusat Sumber Sekolah yang telah menggunakan bilik Pusat Bahasa yang sedia ada. Hingga kini, makmal ini mempunyai sebanyak 30 buah komputer beserta sebuah komputer pelayan yang disambungkan terus ke jaringan internet melalui rangkaian TM Streamyx. Makmal komputer ini merupakan salah satu entiti penting bagi warga MITS Istana Bandar di atas keberkesanannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Struktur jawatankuasa makmal pula terdiri dari penyelia ICT dan juga guru-guru yang telah dipilih khas. Harapan kami agar Makmal Komputer ini mampu untuk membantu melahirkan warga MITS Istana Bandar sebagai murid yang mahir dan celik IT bagi menyahut Wawasan Pendidikan yang sering dilaungkan.

MAKMAL SAINS

 

Makmal Sains MITS Istana Bandar mula beroperasi pada Mei 2014. Unit makmal sains terdiri daripada 4 buah makmal (Tingkat Bawah: Makmal Sains & Makmal Fizik / Tingkat Atas: Makmal Kimia & Makmal Biologi). Kakitangan makmal sains MITS Istana Bandar terdiri daripada 2 orang Pembantu Makmal dimana setiap seorang daripada mereka ditugaskan untuk menjaga makmal kimia dan biologi.

Objektif

  • Menyediakan kemudahan prasarana makmal sains untuk amali kepada pelajar-pelajar.
  • Menyediakan kemudahan prasarana makmal sains kepada pensyarah-pensyarah yang menjalankan amali.

DEWAN AS-SYATIBI

 

MITS Istana Bandar mempunyai sebuah Dewan Besar yang dapat memuatkan kapisiti sehingga 180-200 orang dalam satu masa. Dewan ini biasanya digunakan untuk tujuan peperiksaan akhir pelajar serta majlis dan program maahad seperti perhimpunan mingguan, Halaqah Huffaz, motivasi/ceramah dan lain-lain. Disamping itu, dewan ini juga turut digunakan oleh pihak luar seperti Tabung Haji untuk tujuan Kursus Ibadah Haji pada setiap tahun.

Dewan Besar juga dilengkapi dengan kemudahan PA system, kipas dan penghawa dingin bagi menjamin keselesaan para pengguna.

DEWAN MAKAN

 

Dewan Makan merupakan salah satu kemudahan asrama yang paling penting. Dewan Makan MITS Istana Bandar dibina di blok berasingan berhampiran dengan asrama. Dewan Makan dibuka mengikut masa yang telah ditetapkan. Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di Dewan Makan.

Antara perkara utama dalam penyediaan makanan adalah kebersihan dan pengendalian yang betul bagi memastikan makanan yang disediakan kepada para pelajar adalah selamat dan berkhasiat. Kawalan dalam pengendalian makanan juga dapat mencegah keracunan makanan di maahad.

PENGINAPAN & ASRAMA

 

MITS Istana Bandar mempunyai empat blok asrama iaitu dua blok asrama lelaki dan dua blok asrama perempuan. Keseluruhan blok asrama perempuan dapat memuatkan seramai 144 orang pelajar dalam satu masa, manakala blok asrama lelaki dapat memuatkan seramai 148 orang. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti katil, tilam, bantal dan almari pakaian. Asrama pelajar juga dilengkapi dengan bilik sakit untuk keselesaan para pelajar yang tidak sihat untuk hadir ke kelas sewaktu sesi PDP dan kemudahan lain seperti bilik Dobi yang diuruskan oleh pekerja Dobi.

Selain daripada menempatkan para pelajar, terdapat juga sebuah bilik warden bagi kegunaan warden bertugas.

RIADAH & SUKAN

 

Bagi menggalakkan para pelajar menjaga serta mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, MITS Istana Bandar turut dilengkapi dengan kemudahan riadah dan sukan. Antara kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak asrama MITS Istana Bandar adalah seperti bola sepak, bola jarring, bola tampar, ping pong dan sepak takraw.

Aktiviti sukan dan riadah bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan melahirkan otak yang cerdas, malah dapat mengelakkan para pelajar daripada terlibat dengan aktiviti kurang berfaedah seperti melepak, vandalisme dan terlibat dengan pengambilan dadah.