:
PENGENALAN


NAMA SEKOLAH: Maahad Intergrasi Tahfiz Sains Istana Bandar (Mitib)

ALAMAT SEKOLAH: Jalan Istana Lama, Kg Bandar, Selangor Darul Ehsan

KOD SEKOLAH: BXC 1001

JENIS: SEKOLAH MENENGAH AGAMA BERASRAMA PENUH

PERINGKAT SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH

SESI: PAGI
DI BUKA: JANUARI 2008

KELUASAN TAPAK: 1.7 HEKTAR

BILANGAN MURID TERKINI: 294 ORANG

Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar (MITIB) merupakan kesinambungan kepada dua buah institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).

  • 16 April 1990- Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH) ditubuhkan dan beroperasi di Masjid Negeri Shah Alam.
  • Tahun 1996- Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat ditubuhkan dan berpusat di Bukit Naga, Klang.
  • Pertengahan tahun 1997- MARTAH Selangor telah dipindahkan ke Istana Alauddin, Banting, Selangor.
  • Tahun 2003- MARTAH telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).
  • Tahun 2005- Maahad ini akhirnya ditutup dengan rasminya untuk dijadikan sebagai satu fakulti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).


Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 28 Mac 2007 (Bil.9/2007) telah bersetuju untuk menghidupkan semula premis ini sebagai Pusat Pendidikan Islam.  Pada 3 Ogos 2007, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan supaya bangunan MATISDAR dijadikan sekolah tahfiz dan sains.

Seiring dengan objektifnya untuk melahirkan saintis dan profesional yang menghafaz dan menghayati al Quran, MITIB menjunjung misi untuk mendidik dan membentuk generasi al-Quran bertaqwa yang ikhlas, berilmu, beramal, berakhlak mulia, dan berketrampilan, melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik berasaskan pengurusan berkualiti serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi. Operasi MITIB bermula pada 28 Januari 2008 secara rasmi dengan pengambilan murid seramai 60 orang untuk mengikuti pengajian Tahfi z dan Sains. MITIB membuka pengambilan murid seramai 70 orang setahun dari tingkatan satu hingga lima dengan melaksanakan kurikulum Pendidikan Islam JAIS, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Aliran Sains Tulen) dan kelas tahfiz al-Quran. Unik daripada maahad-maahad tahfiz lain, MITIB mempunyai kemudahan pembelajaran yang lengkap dan sentiasa ditambahbaik. Sebuah blok Pentadbiran lengkap, dua buah blok bangunan kelas, dua blok tiga tingkat dan dua buah blok empat tingkat bangunan asrama, Makmal Sains,  Makmal ICT, Dobi, Dewan Makan dan Kantin memberi keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Sehingga 2017, sudah 676 orang murid belajar di sini. MITIB mengamalkan pelaksanaan sistem pendidikan integrasi dan holistik. Asas yang perlu ada pada diri setiap pengajar dan murid di sini ialah ikhlas. Pendekatan yang digunakan pula ialah secara berhikmah, perlaksanaan ukhuwwah, tarbiyyah serta berlandaskan al-Quran dan as- Sunnah.

Senarai Pengetua MITIB :-

  1. Ustaz Anas bin Ayob - 2008 – 2016
  2. Ustazah Siti Noridah binti Tohiron – 2016 hingga sekarang

Untuk keterangan lanjut sila layari website ini. Sebarang pertanyaan mengenai maklumat MITIB, sila emelkan kepada mitibjugra@gmail.com. Terima Kasih.