Image Banner

AL-JAHIZ MONTH 2020

Assalamualaikum wbt.

For the first time in forever, we (Pusat Sumber Al-Jahiz) would like to virtually announce and launch our programme; Al-Jahiz Month 2020.

Students and teachers were affected by school closures caused by COVID-19. Thus, we want you to stay at home, be healthy and let fill your leisure by participating in our cool contests!

🥳 AL-JAHIZ MONTH :
10th May until 10th June 2020

We have 8 competitions and all individuals. It’s time to broaden your talent horizon!

1. Jom Baca dan Selfie
2. Reka Bentuk Logo Al-Jahiz
3. Gambar Kreatif Aktiviti PKP
4. Mencipta Sajak Tema COVID-19
5. Tulis Pengalaman PKP
6. Video Pendek #StayAtHome
7. Thank You Notes to Frontliners
8. Melukis Poster Tema COVID-19

The best part is, let’s keep your eyes on the prize. Literally on the prize.
🤑 1st prize (RM 40)
🤑 2nd prize (RM 30)
🤑 3rd prize (RM 20)
🤑 Consolation prize (RM 5 x 5)

For more information, please go to our instagram page and follow us : @aljahizmitib

Good luck! 🤩🤩🤩

 

 

 

 

 

 

 

LAGI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

MITIB, 22 November 2019 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan cinta dan rindu terhadap Baginda Rasulullah SAW. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi Baginda dan berbangga dengan Baginda sebagaimana Allah SWT bangga terhadap Baginda dengan memuji Baginda di dalam Al-Quran. Majlis ini dijalankan selama sebulan, bermula daripada 1 November 2019 sehingga 28 November 2019.

 

"Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang mulia." (Al-Qalam:4)

 

Majlis ini dirangka dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan kerjasama semua guru dan pelajar bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu "Negara Rahmah Ummah Sejahtera".  Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disamping menghayati sirah hidup Baginda. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada para pelajar supaya dapat sentiasa mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Baginda Rasulullah SAW serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

 

Memperingati sirah Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripada pengorbanan Baginda terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan para pelajar akan kasihnya Baginda Rasulullah SAW terhadap umatnya merupakan matlamat utama majlis ini.  Sedikit sebanyak, majlis ini berjaya mendidik pelajar untuk lebih kenal dan cinta akan Rasulullah SAW.  Bukan itu sahaja, malah ia sekaligus mampu mentarbiyah pelajar agar beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW dan sentiasa berselawat ke atas Baginda.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya adalah:

  1. Perasmian Program Maulidur Rasul (Selawat beramai-ramai) - 15 November 2019
  2. Pertandingan Qasidah (Banin & Banat) - 18 November 2019
  3. Perarakan Selawat - 22 November 2019
  4. Ceramah dan Kuiz - 22 November 2019
  5. Penyampaian Hadiah - 22 November 2019
  6. Program Satu Sunnah Satu Minggu, Tiru Gaya Nabi dan Pameran Sirah Nabawi - Sepanjang bulan November

 

Istimewanya majlis kali ini adalah dengan penglibatan daripada para pelajar daripada Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dalam setiap program yang dirancang bermula daripada 15 November 2019 sehingga 20 November 2019.  Kesemua pelajar SAS dan MITIB telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dan bersungguh-sungguh kearah memartabatkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian mereka. Pihak sekolah mendoakan agar kesemua para pelajar dari kedua-dua buah sekolah ini sentiasa mendapat limpahan rahmat dan barokah serta pahala yang besar dari Allah SWT.

LAGI

PROGRAM MEMASAK

MITIB, 14 November 2019 - Program memasak ini merupakan kesinambungan daripada Program Sembelihan (Teori dan Praktikal) yang telah diadakan pada sesi pagi. Selepas sembelihan selesai dilakukan, unit SFE sekali lagi telah merancang aktiviti memasak bagi memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman untuk memasak bersama rakan sekelas disamping merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka.

 

Melalui program memasak ini juga, para pelajar dapat menunjukkan kreativiti masakan masing-masing sehingga apa yang dihasilkan itu dapat dikongsi bersama. Malah, nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program memasak ini termasuk dari aspek kebersihan yang selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyeru orang ramai mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian termasuklah dari segi penyediaan makanan sehingga kepada cara penghidangan.

 

LAGI

PROGRAM SEMBELIHAN (TEORI & PRAKTIKAL)

MITIB, 14 November 2019 - Unit SFE (Score For Excellence) telah mengadakan Program Sembelihan (Teori dan Praktikal) bertempat di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar. Program ini dianjurkan oleh unit SFE yang bertujuan memberi pendedahan serta pelajaran kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga (3) mengenai tatacara sembelihan halal.

 

Sebanyak 10 ekor ayam telah disediakan untuk program ini. Taklimat sembelihan telah disampaikan sendiri oleh bekas pelajar Maahad ini, Saudara Afiq Akmal yang berkemahiran dan berpengalaman di dalam bab sembelihan halal.

 

==========================================

 

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala..”

(Surah Al-Ma’idah 5:3)

LAGI

HARI KECERIAAN ASRAMA

HAKAS 2019

Jutaan tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua warga MITIB, ibu bapa dan anak-anak pelajar yang terlibat menjayakan program HAKAS ini.

Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian untuk program hari ini

LAGI

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER AL-JAHIZ

Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Al-Jahiz (14 - 20 Jun 2019)

🎩 Tarikh : 14 Jun 2019 (Jumaat)
🎩 Masa : 8.00 - 9.00 pagi
🎩 Tempat : Dewan Syatibi
🎩 Agenda :

8.00 pg - Ucapan Pengetua
8.15 pg - Taklimat NILAM oleh En Shahrul Azuar bin Musahar dari PKG Sungai Pelek
8.45 pg - Gimik pelancaran
9.00 pg - Jamuan VIP, bersurai

LAGI

MUKHAYYAM QIADI BERSAMA CALIPH SOUL CONSULTANT DI TERATAK AL-FATEH, MORIB

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.

Hujung Minggu ini Caliph Soul Consultant (CSC) akan berjalan 3 Program serentak

1) Mukhayyam Qiyadi - Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) bertempat di Teratak Al-Fateh, Morib

2) Kem Kepimpinan Pengawas - SRA Hulu Bernam bertempat di Kalumpang, Hulu selangor

3) Kem Kepimpinan Pengawas - SRA Kg Kundang, Banting

Terima kasih kepada pihak yg terus menyokong CSC.

Berminat nak tahu apakah modul2 yg ditawarkam oleh CSC??

Nak tahu apakah tajuk ceramah yg unik yang disediakan oleh CSC menjelang Ramadhan ini??

0189182393
Captain Caliph

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan