Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PERUTUSAN PENGETUA

  • PDF

Syukur kepada Allah SWT dengan izinnya tahun 2017 ini, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar Kuala Langat (MITIB) telah berada di tahun ke 10 pengoperasiannya. Ia merupakan satu tempoh matang bagi penubuhan sesebuah organisasi.

Justeru itu, kita perlu melangkah dengan lebih baik dan sistematik serta berdaya saing. Semoga semua warga MITIB lebih bersiap sedia dan berkeyakinan penuh bahawa mereka mampu bergerak terus ke hadapan. Jadikanlah kelebihan-kelebihan yang ada di MITIB sebagai tunggak bagi mendorong kearah peningkatan mutu pendidikan dan peluang-peluang bagi cabaran yang mendatang. Jadikanlah al-Quran dan hadith sebagai tunggak utama rujukan, pegangan dan sumber ilham dalam mengemudi pengurusan dan pentadbiran MITIB.

Mudah-mudahan dalam usaha kita mendidik, maka penerapan adab itu mesti dijadikan keutamaan. Oleh itu, kita yakin penilaian adab dan akhlak merupakan penilaian yang utama dalam menentukan tahap pendidikan manusia.

Dengan terbinanya laman web ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam usaha untuk memberikan maklumat dan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan ibubapa dan pelajar MITIB serta menyumbang ke arah pembangunan yang diperlukan bagi menjayakan bidang pendidikan. Selamat melayari laman web MITS Istana Bandar Kuala Langat.

Terima Kasih.

PUAN HAJAH SITI NORIDAH BINTI TOHIRON

Pengetua

Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar

Last Updated on Saturday, 10 June 2017 13:35

Artikel Terkini

left direction
right direction
You are here: