Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Pengenalan Sekolah

  • PDF

Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) merupakan kesinambungan kepada dua buah institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).



Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) telah ditubuhkan pada 16 April 1990. Dari awal penubuhannya hingga 1997, MARTAH Selangor telah beroperasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri, Shah Alam). Pada peringkat awal, pengambilannya terhad kepada 10 orang pelajar sahaja setahun sehinggalah pada tahun 1997, pengambilan pelajar baru dinaikkan kepada 20 orang pelajar dan seterusnya 30 orang pelajar pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1996, Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat ditubuhkan dan berpusat di Bukit Naga, Klang dengan pengambilan sulung seramai 20 orang pelajar.

 

Pengambilan pelajar melibatkan pelajar-pelajar lepasan SRP (kini PMR) dan pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian selama 5 tahun dengan 2 tahun di peringkat Sijil Tajwid dan 3 tahun di peringkat Diploma Tahfiz Wal Qiraat. Pada tahun akhir pengajian, pelajar akan mengikuti peperiksaan diploma berpusat di Darul Quran JAKIM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti dalam dan luar negara.

 

Pada pertengahan 1997, MARTAH Selangor telah dipindahkan ke Istana Alauddin, Kampung Bandar, Banting, Selangor. Maahad tahfiz ini menggunakan bangunan Istana Alauddin sehinggalah kompleks maahad tahfiz yang baru siap dibina sepenuhnya pada akhir 1999.  Nama MARTAH Selangor masih dikekalkan sehinggalah pada tahun 2003 ia telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).

Sistem pembelajaran yang digunakan masih sama kecuali pengambilan hanya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Maahad ini akhirnya telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2005 untuk dijadikan sebagai satu fakulti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

 

 

Menyedari peri pentingnya menyediakan generasi pelapis dalam bidang tahfiz Al Quran serta melahirkan golongan professional yang mahir dalam bidang Al Quran, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan sains dan teknologi. Bersandarkan kepada objektif dan matlamat tersebut, pada 28 Januari 2008, Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi dengan pengambilan sulungnya seramai 58 orang pelajar terpilih dari seluruh Negeri Selangor berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Friday, 13 May 2011 06:49

Artikel Terkini

left direction
right direction
You are here: